Pernah atau tidak kita merasakan bahawa diri ini tidak sehebat seperti orang lain? Pernah atau tidak kita merasakan bahawa dunia ini bukan untuk kita? Dan pernahkah kita terfikir bahawa kita masih ada hari esok..

Hidup ini penuh dengan misteri, ada kala kita akan di atas, dan ada ketika kita akan berada di bawah. Percayalah, ini bukanlah suatu penamat tetapi ini adalah suatu permulaan baharu. Permulaan baharu yang dimaksudkan ialah perubahan yang datang dari diri sendiri. Setiap manusia pernah melakukan kesilapan tapi itu tak bermakna kita akan ulangi lagi kesilapan itu untuk selama-lamanya. Walau apa yang terjadi ketika ini, ingatlah, kita masih ada hari esok…

Ada satu perkara yang kita terlepas pandang adalah dengan diri sendiri. Jangan jadikan alas an kerana diri sendiri menjadi sebab halangan untuk kita berjaya. Seorang yang berjaya terpaksa menempuhi kegagalan sebelum bertemu erti kemenangan. Seorang yang berjaya, dia akan melihat dirinya dari sudut pandangan yang positif. Ibarat mendaki gunung sehingga ke puncaknya. Kita tidak akan tahu apa hasilnya, tetapi yang pasti dalam hidup ini, kita harus cuba dan terus mencuba sehingga berjaya. Oprah Winfrey pernah berkata “Perjalanan anda bermula dengan pilihan untuk bangun, melangkah keluar dan hidup sepenuhnya. “

Teruskan perjuangan walau di mana jua kita berada dan jadikan hari ini sebagai pengajaran untuk hari-hari yang bakal mendatang. Semoga berjaya dan bersemangatlah !.

Ditulis oleh, Nur Nadiah Binti Zainorin

7 Shares

Leave a Reply