• Jangan lupa menyaksikan tiga buah pementasan teater di bawah sebuah projek yang bernama Project-Lab Teater yang dibawakan khas oleh ASTENA pada 13, 14 dan 15 Ogos 2019. Ianya merangkumi tiga persembahan yang berlainan iaitu Schizo, Superptui dan Tepuk Amai-amai. Persembahan ini akan berlangsung di Auditorium, IRC pada waktu 8:30 malam hingga 10:30 malam dan tiketnya bernilai RM8 bagi sebuah pementasan.Sekiranya anda membeli tiga tiket sekaligus harganya dikurangkan kepada RM20.

Tiga naskhah akan diangkat sepanjang program ini berlangsung iaitu TEPUK AMAI-AMAI karya Khairunazwan Rodzy, SCHIZO karya Idham Hadi dan SUPERPTUIH! DAN TRANSIT KALER MAGENTA karya Wan Azli Wan Jusoh.

Tepuk Amai-Amai menceritakan tentang realiti kehidupan para pelajar di negara kita. Naskhah ini mengetengahkan isu-isu yang sering dihadapi oleh pelajar yang mempunyai minat dan pandangan yang berbeza terhadap kehidupan mereka. Namun, semuanya berubah apabila apa yang diimpikan dari kecil tidak sama dengan realiti setelah meningkat dewasa.

Naskhah kedua yang diangkat ialah Schizo. Naskhah ini mengisahkan tentang seorang pesakit mental, Azarul Carlyle yang mempunyai 5 persona. Azarul telah didapati bersalah atas banyak jenayah yang telah dilakukan oleh persona – personanya. Kini Azarul berada dibawah pemerhatian  seorang doktor iaitu Dr. Wan Sharifah. Wan Sharifah ingin membantunya, namun Azarul berkeras hati dan tidak mahukan apa-apa pertolongan. Azarul masih bergelut dengan personanya yang lain untuk mengambil alih tubhnya. Personanya mengatakan bahawa apa yang mereka lakukan mempunyai sebab-sebab tersendiri dan ianya bertujuan bagi menyejahterakan lagi kehidupan di negara kita.

SUPERPTUIH! DAN TRANSIT KALER MAGENTA merupakan salah satu pementasan teater yang pernah ASTENA teater persembahkan di UNITEN. Pementasan ini merupakan tulisan Wan Azli Wan Jusoh yang mengisahkan sebuah cerita kejatuhan yang tragik. Ia berlaku kepada Ptuih!, Helium dan Maseh Dara yang runtuh akhlak mereka akibat Bapak yang sudah tidak mampu lagi untuk berfungsi sebagai super-ego mereka. Bapak sepatutnya menjadi super-hero yang menyelamatkan dunia tetapi gagal. Puncanya disebabkan seekor burung helang bermata tajam, dia telah bertukar menjadi ular yang tamak, membelit keseluruhan sistem lantas menjadi raja. Lidahnya berbisa. Dara masih terperangkap dalam janji-janji manis, taraf kehidupan dan kebendaan. Ptuih! terperangkap dalam kata-kata nista dan kebencian dan Helium pula, seperti sebuah glob yang terperangkap diantara 2 paksi, hanya mampu berputar-putar didalam wilayah kebingungan ini dan akhirnya pecah. Mereka adalah mangsa. Bapak adalah sistem yang mengakibatkan keruntuhan tragis ini.

Pelbagai iktibar yang dapat diperoleh daripada kesemua naskhah yang dipersembahkan. Kami berharap agar mesej yang kami ingin sampaikan melalui kesemua naskhah ini dapat memberi sesuatu impak positif dan membuka mata pelajar berkenaan realiti kehidupan sebenar yang sering dipandang remeh.

Bagi mengetahui apa yang akan berlaku seterusnya dan bagaimana cerita tersebut akan berakhir pastikan anda datang untuk menyaksikan teater yang dibawakan khas oleh ASTENA.Tanpa membuang masa dapatkan tiket anda sekarang!

Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh menghubungi:

Sharmella- 0166496045

Kareena – 0172884012

Ammar – 0105565208

Ditulis oleh,Ammar Bin Dzulkifli &Nur Aqilah Binti Rashidi

Disemak oleh,Nur Izzahtul’ Ain & Rayvathi a/p Theivindran

0 Shares

Leave a Reply