Light And Motion Putrajaya – LAMPU 2016

Putrajaya, 13 Disember 2016 – Putrajaya sekali lagi akan diterangi dengan acara tahunan iaitu Festival “Light and Motion Putrajaya” (LAMPU) 2016. Festival tahunan yang memasuki edisi ke-4 ini anjuran Perbadanan Putrajaya bakal menemui pengunjung bermula pada 30 Disember 2016 hingga 1 Januari 2017 dari jam 7.30 malam sehingga 12.00 tengah malam di Dataran Putrajaya, Presint 3. 

Bagi edisi LAMPU 2016 kali ini, pihak penganjur memperkenal beberapa persembahan baru yang menarik seperti LAMPU SKYWAVE yang memaparkan teknologi seni penggerakan dan animasi bercahaya dan persembahan Fusion Peperangan Perang iaitu persembahan wayang kulit versi Star Wars diadakan khas untuk pengunjur yang hadir. Selain itu, Festival LAMPU 2016 akan turut diterangi dengan PROJECTION MAPPING, GARDEN LIGHTING, GLOWING STREET, MAGICAL STREET, LIGHT-IT ARENA, LAMPU FORUM, CREAVITY 3R dan LAMPU SQUARE. Selain itu, pengunjung juga berpeluang untuk menyaksikan pertunjukan Bunga Api Digital yang julung kalinya diadakan dalam meraikan malam detik Ambang Tahun Baharu 2017.

Tambahan untuk Festival LAMPU pada tahun ini juga, pihak penganjur mengekalkan elemen menarik antaranya Car Light Show, Motorbike Light Show, Layar Bestari, Shadow Puppets, Street Performance, Zumba Glow in the Dark, Beca Lampu Putrajaya, Beca Melaka, Food Valley @LAMPU dan Food Trucks. 

Untuk jadual program dan aktiviti serta sebarang maklumat lanjut mengenai festival LAMPU 2016 sila layari laman web www.ppj.gov.my dan www.lampu.gov.my atau dengan melayari laman rasmi iaitu:

Facebook: Light And Motion Putrajaya – LAMPU
Instagram: @lampu2016
Hashtag #LAMPU2016

VIDEO RASMI LAMPU 2016

0 Shares

Leave a Reply